Thursday, April 19, 2012

Ini Aku

Kepala aku ada 2 pusar.
Tau tak pusar tu apa?
Teknologi kan dah teramat tinggi skrg. Google je la senang ye :)
*padahal aku sendiri tak tau nak explain macam mana :p*

Orang orang tua ckp budak yg berkepala 2 pusar ni, degil. Dulu aku benci dgr statement tu. Sbb zaman dulu kala aku dgn rasa bangga nya ckp aku ni tak degil, budak baik dan comel :) haha
Tapi skrg, budak baik dalam diri aku ntah kena culik dgn sape aku pun tak tau. Degil tu pun dah sebati dgn diri aku. Nasib baik comel tu still ada. HAHA!

"Hei aku ni budak baik la..."

"Fatin tu anak yang baik..."

"Aku tak pernah tipu mama papa aku..."

"Tolong la ikut perangai fatin tu, dia tak degil macam kamu..."

AMARAN:
Kalau anda terdengar ayat ayat ini atau yang sama waktu dengannya, dari mulut aku atau pihak lain, percayalah!
Tolong percaya yg aku dan mereka tu, pada saat itu tgh berperlakuan setan, BOHONG dan TIPU kamu.
 Saat itu aku jadi Pembohong
Pentipu
Pembongak!

Anak degil
Anak bodoh
Anak jahil
Anak sialan
Anak derhaka

Itu aku!

*kebenaran yg menyakitkan*

Aku pernah tipu mama papa
Aku tak buat apa yg mama papa suruh
Aku buat apa yg mama papa larang

Aku buat semua tu selalunya sbbkan 'cinta'
Cinta bodoh aku kat seseorang yg berlainan jantina dari aku

Nota ringkas: aku ni perempuan

Skrg aku dah penat bercinta

Sbb:
Aku jadi lemah bila datangnya cinta
Aku jadi bodoh bila jumpa cinta
Aku jadi buta bila terserempak dgn cinta
Aku jadi gila bila berselisih dgn cinta
Aku jadi kemaruk bila bayangkan cinta
Aku jadi bangang bila ada kaitan dgn cinta
Aku jadi lupa aku ini siapa

Tolong jgn salahkan cinta itu ataupun org yg aku cinta tu
Mereka tak bersalah
Aku ni ha yg penjenayah
Penjenayah tegar!

Sekali lagi aku tegaskan, aku dah PENAT dengan cinta

Kalau ada yg berminat dgn aku, jangan hntr surat cinta dekat aku
Jgn main kenyit kenyit mata
Jgn msg "hai boleh berkenalan :)" *aku paling benci tu*
Jgn kejar aku
Jgn berharap sgt dgn aku
Jgn cuba pikat aku
Jgn ada niat nak ngorat aku

Kalau kau dah jatuh cinta dgn aku tolong buat ni:
Pikat la papa aku
Ambil la hati papa aku
Pergi la date romantika sama papa aku
Bersurat cintalah dgn papa aku

Jgn buat semua itu dgn aku!
Aku tak hendak!

Aku taknak kejar cinta
Aku taknak sayang lelaki lain selain papa :'(

Percayalah yg bila papa aku sudah jatuh cinta sama kamu, maka aku akan berganda ganda mencintaimu.

Wahai bakal hubbyku,
Skrg kau sudah boleh berhenti kejar aku.
Kejar lah papa aku itu
Jiwa dia jiwa aku, sama
Dan tolong pecut ya. Aku sudah tidak sabar ketemu kamu :)
*gatal!*

Doa sampingan:
Doakan kepala aku ada satu pusar
Doakan aku menjadi anak solehah
Doakan aku menjadi anak solehah
Doakan aku menjadi anak solehah
Doakan aku dapat hubby yg AWESOME!

Surat untuk Azid:
Pa, tolong benarkan fatin jadi daddy's little girl ya. Fatin rindu nak jadi yg itu :'(

Yang benar,
Anakmu paling comel sekali

Sunday, April 15, 2012

Dah biasa dah

Kes pertama:
Penjaga bilang jgn buat bising, ramai mau study

Okay

Siti(nama paling common) pinjam gitar timah(lagi common)
Dia goreng habis habis punya
Penjaga pun terdengar

Esoknya penjaga saje saje masuk bilik setiap penghuni. Mau check keadaan bilik katanya.
Masuk di bilik timah, nampak gitar
Mau tau apa penjaga bilang?

"Awak rupanya yg buat bising selalu"

Eh eh eh?

Terus timah dicop budak tak dgr kata.

Kes kedua:
Siti Nur Haliza(bukan penyanyi tip top tu) baru je kahwin. Umur baru je lepas SPM. Majlis ala kadar. Jemputan cuma saudara mara dan teman rapat. Takde pelamin, bilik pengantin pun takde.

Nak tau apa makcik makcik satu kampung cakap?

"Dah ada isi la tuu..."
*sambil buat eksen pegang perut*

"Dah kena tebuk kot..."

"Bunting pelamin agaknya..."
*eh? Pelamin pun takde camne boleh bunting? Harhar*

Siti Nur Haliza(lagi sekali bukan penyanyi itu) dicop sundal

Kes ketiga:
Ali budak yg baik sekali. Pada suatu hari, selepas sahaja Ali selesai sesi lepak dgn Timmy, ketika OTW(on the way/dalam perjalanan) balik rumah, terserempak dgn Pak Tam. Borak sebentar. Pak Tam terhidu bau arak dan asap rokok.

*Timmy berbangsa mata sepet suka minum arak dan bakar puntung rokok berbatang batang*

Tau apa Pak Tam fikir tentang Ali?
Korg bijak celik akal semua pasti dah boleh agak kot. kan kan kan?

Ali dicop budak sesat

________________________

Orang orang kita memang begitu kot. Segelintir tapi tetap ramai yg begitu.
Rasanya kalau tgk tayangan gambar di panggung wayang, pasti ramai yg dah keluar time setengah cerita sbb mereka mereka sudahpun fikir ending sendiri.
Ada ke?

Haha tak tau nak kata apa. Jom lah kita kita ni cuba cuba cuba utk bertanya dahulu sebelum membuat hipotesis sendiri.

"Aku pelajar science, so memang suka buat hipotesis2 ni"

"Eyy tak suka la tanya, jaga tepi kain baju seluar spendar orang je"

Hahaha *tu je mampu buat*

aku tak tau apa aku cuba sampaikan ni :p
Kalian kalian fikir sahaja la. Fikir itu kan baik. Boleh menajamkan minda :)
Semoga ada moral di sebalik kemerepekan ini :)



P/s: malu bertanya takpa, cuma minta jgn sebarkan hipotesis anda yg hebat tu :)

P/s/s: aku paling benci kata kata singkat seperti otw, btw, brb, gtg. Kerna otak ini terlalu lembap untuk memikirkan ayat yg sempurna bagi ayat pendek itu. Harap maaf :)


Oh oh BTW(by the way), aku lupa cucian yg tak jemur lagi haha. Selamat ya segalanya :)

Wednesday, April 11, 2012

aku rasa laa

Apa motif kehidupan aku ni?
Nak bahagiakan diri sendiri atau orang lain?

Aku ikut je apa org buat
Kalau aku tak ikut, aku dianggap pelik, bodoh, budak bermasalah.

Org masuk sekolah rendah, aku pun masuk.
Org pergi sekolah menengah, aku pun pergi.
Org sambung belajar, aku pun sambung.

Sekolah rendah, teruja.
Sekolah menengah, bahagia dgn kawan bukan dgn pengajian
Kolej, dah penat.

Itu lah aku, dan bukan orang lain. Mungkin org lain pun sama dgn aku.

Aku persoalkan kenapa aku kena buat semua ni.
Ikut org dan bukan ikut aku.
Nak ikut kehendak sendiri tapi org tua kata cadangan aku tak boleh pakai.
Aku akur sahaja supaya kederhakaan aku berkurang.

Org kata aku kena jugak buat apa yg org lain buat ni.
Supaya aku dapat lihat cahaya
Supaya gelap tak menghampiri aku

Mereka kata org yg tak suka sentuh buku tu, org yg bermasalah.
Betul ke?
Kalau jiwa dorg bukan kat situ apa dorg patut buat?
"BELAJAR JUGAK!" Kata mereka.

Aku kini menjadi hamba undang-undang yang mana kepintaran aku diukur berdasarkan grade di sehelai kertas.

Semoga aku berjaya menjadi sesuatu yg orang tua harapkan