Apa motif kehidupan aku ni?
Nak bahagiakan diri sendiri atau orang lain?
Aku ikut je apa org buat
Kalau aku tak ikut, aku dianggap pelik, bodoh, budak bermasalah.
Org masuk sekolah rendah, aku pun masuk.
Org pergi sekolah menengah, aku pun pergi.
Org sambung belajar, aku pun sambung.
Sekolah rendah, teruja.
Sekolah menengah, bahagia dgn kawan bukan dgn pengajian
Kolej, dah penat.
Itu lah aku, dan bukan orang lain. Mungkin org lain pun sama dgn aku.
Aku persoalkan kenapa aku kena buat semua ni.
Ikut org dan bukan ikut aku.
Nak ikut kehendak sendiri tapi org tua kata cadangan aku tak boleh pakai.
Aku akur sahaja supaya kederhakaan aku berkurang.
Org kata aku kena jugak buat apa yg org lain buat ni.
Supaya aku dapat lihat cahaya
Supaya gelap tak menghampiri aku
Mereka kata org yg tak suka sentuh buku tu, org yg bermasalah.
Betul ke?
Kalau jiwa dorg bukan kat situ apa dorg patut buat?
"BELAJAR JUGAK!" Kata mereka.
Aku kini menjadi hamba undang-undang yang mana kepintaran aku diukur berdasarkan grade di sehelai kertas.
Semoga aku berjaya menjadi sesuatu yg orang tua harapkan
No comments:
Post a Comment