Sunday, April 15, 2012

Dah biasa dah

Kes pertama:
Penjaga bilang jgn buat bising, ramai mau study

Okay

Siti(nama paling common) pinjam gitar timah(lagi common)
Dia goreng habis habis punya
Penjaga pun terdengar

Esoknya penjaga saje saje masuk bilik setiap penghuni. Mau check keadaan bilik katanya.
Masuk di bilik timah, nampak gitar
Mau tau apa penjaga bilang?

"Awak rupanya yg buat bising selalu"

Eh eh eh?

Terus timah dicop budak tak dgr kata.

Kes kedua:
Siti Nur Haliza(bukan penyanyi tip top tu) baru je kahwin. Umur baru je lepas SPM. Majlis ala kadar. Jemputan cuma saudara mara dan teman rapat. Takde pelamin, bilik pengantin pun takde.

Nak tau apa makcik makcik satu kampung cakap?

"Dah ada isi la tuu..."
*sambil buat eksen pegang perut*

"Dah kena tebuk kot..."

"Bunting pelamin agaknya..."
*eh? Pelamin pun takde camne boleh bunting? Harhar*

Siti Nur Haliza(lagi sekali bukan penyanyi itu) dicop sundal

Kes ketiga:
Ali budak yg baik sekali. Pada suatu hari, selepas sahaja Ali selesai sesi lepak dgn Timmy, ketika OTW(on the way/dalam perjalanan) balik rumah, terserempak dgn Pak Tam. Borak sebentar. Pak Tam terhidu bau arak dan asap rokok.

*Timmy berbangsa mata sepet suka minum arak dan bakar puntung rokok berbatang batang*

Tau apa Pak Tam fikir tentang Ali?
Korg bijak celik akal semua pasti dah boleh agak kot. kan kan kan?

Ali dicop budak sesat

________________________

Orang orang kita memang begitu kot. Segelintir tapi tetap ramai yg begitu.
Rasanya kalau tgk tayangan gambar di panggung wayang, pasti ramai yg dah keluar time setengah cerita sbb mereka mereka sudahpun fikir ending sendiri.
Ada ke?

Haha tak tau nak kata apa. Jom lah kita kita ni cuba cuba cuba utk bertanya dahulu sebelum membuat hipotesis sendiri.

"Aku pelajar science, so memang suka buat hipotesis2 ni"

"Eyy tak suka la tanya, jaga tepi kain baju seluar spendar orang je"

Hahaha *tu je mampu buat*

aku tak tau apa aku cuba sampaikan ni :p
Kalian kalian fikir sahaja la. Fikir itu kan baik. Boleh menajamkan minda :)
Semoga ada moral di sebalik kemerepekan ini :)



P/s: malu bertanya takpa, cuma minta jgn sebarkan hipotesis anda yg hebat tu :)

P/s/s: aku paling benci kata kata singkat seperti otw, btw, brb, gtg. Kerna otak ini terlalu lembap untuk memikirkan ayat yg sempurna bagi ayat pendek itu. Harap maaf :)


Oh oh BTW(by the way), aku lupa cucian yg tak jemur lagi haha. Selamat ya segalanya :)

2 comments: