Wednesday, May 23, 2012

aku sayang sampah aku

Ni amaran awal. Entri ni pasal sampah. Isi dia sampah. Penyampaian dia sampah. Penulis dia sampah. Semua la sampah. Siapa tarak suka sampah boleh tutup tab ni (macam la ada orang baca haha)

*****

aku baru pulang dari suatu tempat. Seminggu aku takde kat rumah. Masuk bilik je, aku tgk isi bilik aku dah lain. Banyak barang dah takde. Barang baru muncul.
Suka perubahan ni tapi... Mana pergi barang barang aku!!

Kakak(bibik) letak semua barang yg dia rasa macam sampah tu kat satu beg kertas. Aku tgk satu per satu barang tu.
Ya semua sampah, tapi aku tak sampai hati nak buang. Tapi kenapa?!?

Contoh sampah:
-ticket wayang
-kad hari lahir/raya
-bunga ros yang layu mati
-kad matriks yg aku benci sbb muka aku buruk
-rantai murah
-key chain botol kaca kecik yg dalamnya ada banyak cengkerang siput kecik kecik dan ada tertulis 'Langkawi' di permukaan kaca tersebut

Skrg aku ngerti kenapa aku tak sanggup nak buang semua tu * sambil tgk setiap satu sampah*

"Heyy tiket ni aku tgk dgn si Dia :)"

"Ni kawan sekolah rendah aku yg kasi kad birthday ni :')"

"Si Dia yang kasi ros ni dulu. Comel je :)"

"Rindunya matriks :'( *padahal baru sebulan habis matriks* "

"Aku beli rantai ni dgn sahabat sahabat di Melaka. Bestnya trip Melaka tu!"

"Keychain ni si Polan kasi lepas balik dari bercuti, aku rindu si Polan :')"

Aku dah sedia maklum yg barang tu takkan diguna lagi. Tapi aku biarkan je barang barang tu menyemak dalam bilik aku. Sebab setiap barang tu ada kisah tersembunyi. Suka, sedih, rindu, benci semua ada.
Orang lain tgk semua benda tu dan dorg ckp semua tu sampah. Suruh buang je.
Tapi bagi aku, barang barang tu macam kad memori yg unlimited gig. Sebab bila aku tgk satu barang tu, aku bukan setakat ingat siapa gerangan pemberi tapi kenangan kenangan dgn dia pun aku ingat. Aku jadi sayang nak buang.
Mungkin sbb aku ni terlalu sayangkan sejarah silam hidup aku.
Tapi semua tu sampah kot!!
Arghh... tunggu je la bila kepala aku serabut tgk barang barang tu baru aku buang kot. Sekarang, aku simpan dulu :)

No comments:

Post a Comment