Friday, May 25, 2012

sembang sama Tuhan

*tahiyat akhir*
"Assalamualaikum warahmatullah(kanan), Assalamualaikum warahmatullah (kiri)"

Ali:
Luangkan lagi beberapa minit untuk berdoa

Abu:
Terus lipat sejadah

Nampak beza dua insan ni tak? Nampak tak?

Aku tak nak cakap pasal Abu. Apa yang Abu buat tak menarik perhatian hati aku. Ali tu yang bersifat magnet. Apa yang menarik pasal Ali ni first sebab dia berdoa. Second sebab aku suka nama Ali tu. Just SUKA!

Sekali lagi. Aku tak nak merepek pasal kegilaan aku terhadap nama Ali. Mungkin di entri yang lain. Tapi kat entri ni aku nak merepek pasal Ali yg berdoa tu

Ali berdoa kerna itu memang rutin yg dia perhatikan jemaah lain semenjak dia baru belajar A B C 1 2 3 kah?
Atau kerna dia butuhkan perhatian Tuhan dia?

Pedulikan persoalan tadi. Tanda tanya sekarang ialah apa yg dia doakan itu?

Doa.
Bukan hanya selepas solat sahaja.
Setiap perbuatan kita ada doanya.
Itu apa yang aku belajar disekolah agama serambi.
Lepas tu aku ada dengar, setiap percakapan kita itu doa.
Tanpa fikir, aku terima bulat bulat.
Cakap, doa.
Sekadar cakap, terus 'pap' jadi doa.
Mulut yang terbuka, suara yg keluar tapi hati bagaimana?

Mulut-hati.
1) Ada yang keluar dari mulut, jujur dari hati.
2) Ada yang keluar dari mulut, bertentangan dgn nafsu hati.
3) Ada yang keluar dari mulut, hatinya kosong.

Setiap kali aku berdoa, aku jadi mulut-hati yang ketiga. Aku baru sedar tadi. Selepas solat Isya' pada pukul 2 lebih pagi. Haihh agaknya sia sia je doa aku selama 19 tahun hidup. Tak bermakna langsung. Sbb bukan roh aku yg berdoa tapi mayat aku yg berdoa

Dikebiasaan doa doa, aku hanya meminta sahaja tapi tak pernah bercerita. Aku rasa orang lain pun alami ni jugak. Suka sangat meminta. Berkongsi masalah jarang. Bagi aku, perbuatan ni bongkak.

Perbuatan tu ibarat kau pergi jumpa doktor then terus mintak ubat batuk. Kau tak cerita pun kat doktor tu apa sakit kau. Kau sombong tau tak. Bajet tau je solusi masalah kau. Cuba kasi doktor tu ckeck dulu. Mana la tau kau ada barah ke apa. *nak sakit yg dahsyat je*

Sama la bila kau berdoa. Berdoa bukan hanya meminta tapi berborak dgn Tuhan. Cerita lah masalah kau. Kau ada paling kurang 5 kali utk berborak dgn Dia. Sekejap pun takpe lah. Kerna waktu waktu itu Dia perlukan perhatian dari kau. Kau lebih memerlukan Dia. Dia tidak meminta lebih pun, hanya sekadar meluangkan masa seketika bersama dia. Gunakan masa tu dgn betul. Jangan sia siakan. Jangan biarkan masa itu menjadi kosong. Kalau kosong, kau akan rasa bosan. Tak bermakna. Dan makin lama kau akan makin lupakan Dia. Tolong lah bercerita. Dia Maha mendengar. Pendengar setia. Selepas bercerita kau boleh meminta. Tapi minta supaya Dia memberikan hadiah yang terbaik. InsyaAllah.

Teruskan berkasihan sama Tuhan kau. Dia sangat setia.


p/s: ampunkan entri yg tak berapa kemas ni. Terlalu menggelabah

No comments:

Post a Comment