Saturday, August 4, 2012

Update hidup aku

Assalamualaikum :)

so ni rumusan hidup aku lepas matriks:

habis matriks. dapat result. kecewa dgn result. tapi still bersyukur sbb dah fikir akan fail tapi tak, Alhamdulillah. sem satu 3.65. sem dua 3.10. cgpa 3.39. fuck ah!

apply UPU. hari keputusan. suruh iwang check. dapat tawaran. UTM. degree science (mathematics industry). tak tau course tu pasal apa. terima je sbb dulu risau takde U akan terima aku. Alhamdulillah.

skrg. hidup kosong. bangun. tidur. tgk tv. makan. tidur. haihh

perasaan sekarang. takut, sbb kurang dari sebulan dah kena pergi Skudai Johor. takut, takut takde kawan. takut, takut nak hidup berdikari. takut, takut. teruja, mulakan hidup baru.

"Ya Allah, tolong tenangkan hati aku ni. dari tadi dia tak berhenti menggila"


Friday, July 27, 2012

pejam saja

bangun la
mereka dalam perjalanan, lari
meski mereka tak bawa apa
mereka tetap ada senjata diri

cepat sedar la woi
mereka tengah curi udara tu
meski mereka perlahan
kita lagi siput babi

ayuh sembunyi
mereka tgh ketuk pintu pulak
meski mereka tidak punya kunci
mereka ada jampi P. Ramlee

ah pejam mata saja
kembalilah tidur sayang
pedulikan mereka
aku akan peluk mu sampai mereka hilang
peluk sampai mereka lemas

"tidurlah sayang..."


Monday, July 2, 2012

kejutan

planning yang tak berapa memuaskan haha

8.30 pagi  Sabtu sampai TTDI
tunggu Iwang depan kondo dia
janji pukul 7 nak kutip tapi biasa ah janji melayu haha
call dia tak dpt
call
tunggu
call
tunggu
round TTDI
tunggu
call
round lagi
tunggu
call lagi
pukul 11 lebih baru Iwang sedarkan diri
tunggu dia dan Khalyf berdandan
gi beli cake
one slice oreo cheese cake
one whole cake white chocolate macadamia
hantar cake besar ke rumah Yahi
menuju ke Kg. Baru

isi minyak kat Petronas Kg. Baru
tangki full
kereta lak takleh start
nasib malang haha
call dydy suruh tolong
pinjam jump set kat workshop berhampiran
kereta hidup
Alhamdulillah

menuju ke rumah dydy!
kejutan kecil dgn sepotong cheesecake :)

entah ni muka mandi ke tak ni dy haha

ni ha rupa cake selepas terperangkap dalam kereta time kereta rosak dgn cuaca terik haha!


yakinkan dydy utk join lunch kat Curve
pujuk dan  pujuk lagi sbb dydy ada exam pukul 5 kat Bangi and time tu dah pukul 2 lebih
akhirnya dia termakan pujuk rayu tiga sahabat

bergerak ke Curve!
naik kereta dydy sbb takut kereta comel viva tu buat masalah lagi haha
sampai Curve
bergegas ke Gardens
Yahi sudah sedia menanti di sana
Pikun dtg
awek dia pun dtg gak, Balqis
Piqun Balqis gi usha movie
Dina Yus Aimi datang
then....
KEJUTAN BESAR!!

the big cake with the birthday girl  :)

ayat khalyf haha

semua orang :)

jarum pendek jam di nombor 4
jarum panjang sekitar nombor 3
bergegas pulang ke Kg. Baru!
amik mak Dydy
memecut ke Bangi!
Dydy tak study amenda pun utk exam tu haha
tawakal je la
masuk exam pun lambat :p

bosan
memutuskan utk lepak di kedai dgn iwang dan khalyf di kedai berhampiran
lepak jap
tunggu Dydy habis exam
then lepak office mak Dydy
pukul 7 chiow ke Kg. Baru
dah sampai snap snap jap berlatar belakangkan pemandangan Kuala Lumpur

 khalyf

fatin azid and nurdiyanah saiful bahri

bye bye to Dydy
hantar Iwang dgn Khalyf to TTDI
pulang :)



p/s: gambar kurang memuaskan. standard ah guna phone!

bahagia

dalam kereta pulang ke kg. baru aku bisikkan satu ayat. aku harap kau ingat

Friday, May 25, 2012

sembang sama Tuhan

*tahiyat akhir*
"Assalamualaikum warahmatullah(kanan), Assalamualaikum warahmatullah (kiri)"

Ali:
Luangkan lagi beberapa minit untuk berdoa

Abu:
Terus lipat sejadah

Nampak beza dua insan ni tak? Nampak tak?

Aku tak nak cakap pasal Abu. Apa yang Abu buat tak menarik perhatian hati aku. Ali tu yang bersifat magnet. Apa yang menarik pasal Ali ni first sebab dia berdoa. Second sebab aku suka nama Ali tu. Just SUKA!

Sekali lagi. Aku tak nak merepek pasal kegilaan aku terhadap nama Ali. Mungkin di entri yang lain. Tapi kat entri ni aku nak merepek pasal Ali yg berdoa tu

Ali berdoa kerna itu memang rutin yg dia perhatikan jemaah lain semenjak dia baru belajar A B C 1 2 3 kah?
Atau kerna dia butuhkan perhatian Tuhan dia?

Pedulikan persoalan tadi. Tanda tanya sekarang ialah apa yg dia doakan itu?

Doa.
Bukan hanya selepas solat sahaja.
Setiap perbuatan kita ada doanya.
Itu apa yang aku belajar disekolah agama serambi.
Lepas tu aku ada dengar, setiap percakapan kita itu doa.
Tanpa fikir, aku terima bulat bulat.
Cakap, doa.
Sekadar cakap, terus 'pap' jadi doa.
Mulut yang terbuka, suara yg keluar tapi hati bagaimana?

Mulut-hati.
1) Ada yang keluar dari mulut, jujur dari hati.
2) Ada yang keluar dari mulut, bertentangan dgn nafsu hati.
3) Ada yang keluar dari mulut, hatinya kosong.

Setiap kali aku berdoa, aku jadi mulut-hati yang ketiga. Aku baru sedar tadi. Selepas solat Isya' pada pukul 2 lebih pagi. Haihh agaknya sia sia je doa aku selama 19 tahun hidup. Tak bermakna langsung. Sbb bukan roh aku yg berdoa tapi mayat aku yg berdoa

Dikebiasaan doa doa, aku hanya meminta sahaja tapi tak pernah bercerita. Aku rasa orang lain pun alami ni jugak. Suka sangat meminta. Berkongsi masalah jarang. Bagi aku, perbuatan ni bongkak.

Perbuatan tu ibarat kau pergi jumpa doktor then terus mintak ubat batuk. Kau tak cerita pun kat doktor tu apa sakit kau. Kau sombong tau tak. Bajet tau je solusi masalah kau. Cuba kasi doktor tu ckeck dulu. Mana la tau kau ada barah ke apa. *nak sakit yg dahsyat je*

Sama la bila kau berdoa. Berdoa bukan hanya meminta tapi berborak dgn Tuhan. Cerita lah masalah kau. Kau ada paling kurang 5 kali utk berborak dgn Dia. Sekejap pun takpe lah. Kerna waktu waktu itu Dia perlukan perhatian dari kau. Kau lebih memerlukan Dia. Dia tidak meminta lebih pun, hanya sekadar meluangkan masa seketika bersama dia. Gunakan masa tu dgn betul. Jangan sia siakan. Jangan biarkan masa itu menjadi kosong. Kalau kosong, kau akan rasa bosan. Tak bermakna. Dan makin lama kau akan makin lupakan Dia. Tolong lah bercerita. Dia Maha mendengar. Pendengar setia. Selepas bercerita kau boleh meminta. Tapi minta supaya Dia memberikan hadiah yang terbaik. InsyaAllah.

Teruskan berkasihan sama Tuhan kau. Dia sangat setia.


p/s: ampunkan entri yg tak berapa kemas ni. Terlalu menggelabah

Wednesday, May 23, 2012

aku sayang sampah aku

Ni amaran awal. Entri ni pasal sampah. Isi dia sampah. Penyampaian dia sampah. Penulis dia sampah. Semua la sampah. Siapa tarak suka sampah boleh tutup tab ni (macam la ada orang baca haha)

*****

aku baru pulang dari suatu tempat. Seminggu aku takde kat rumah. Masuk bilik je, aku tgk isi bilik aku dah lain. Banyak barang dah takde. Barang baru muncul.
Suka perubahan ni tapi... Mana pergi barang barang aku!!

Kakak(bibik) letak semua barang yg dia rasa macam sampah tu kat satu beg kertas. Aku tgk satu per satu barang tu.
Ya semua sampah, tapi aku tak sampai hati nak buang. Tapi kenapa?!?

Contoh sampah:
-ticket wayang
-kad hari lahir/raya
-bunga ros yang layu mati
-kad matriks yg aku benci sbb muka aku buruk
-rantai murah
-key chain botol kaca kecik yg dalamnya ada banyak cengkerang siput kecik kecik dan ada tertulis 'Langkawi' di permukaan kaca tersebut

Skrg aku ngerti kenapa aku tak sanggup nak buang semua tu * sambil tgk setiap satu sampah*

"Heyy tiket ni aku tgk dgn si Dia :)"

"Ni kawan sekolah rendah aku yg kasi kad birthday ni :')"

"Si Dia yang kasi ros ni dulu. Comel je :)"

"Rindunya matriks :'( *padahal baru sebulan habis matriks* "

"Aku beli rantai ni dgn sahabat sahabat di Melaka. Bestnya trip Melaka tu!"

"Keychain ni si Polan kasi lepas balik dari bercuti, aku rindu si Polan :')"

Aku dah sedia maklum yg barang tu takkan diguna lagi. Tapi aku biarkan je barang barang tu menyemak dalam bilik aku. Sebab setiap barang tu ada kisah tersembunyi. Suka, sedih, rindu, benci semua ada.
Orang lain tgk semua benda tu dan dorg ckp semua tu sampah. Suruh buang je.
Tapi bagi aku, barang barang tu macam kad memori yg unlimited gig. Sebab bila aku tgk satu barang tu, aku bukan setakat ingat siapa gerangan pemberi tapi kenangan kenangan dgn dia pun aku ingat. Aku jadi sayang nak buang.
Mungkin sbb aku ni terlalu sayangkan sejarah silam hidup aku.
Tapi semua tu sampah kot!!
Arghh... tunggu je la bila kepala aku serabut tgk barang barang tu baru aku buang kot. Sekarang, aku simpan dulu :)

Thursday, April 19, 2012

Ini Aku

Kepala aku ada 2 pusar.
Tau tak pusar tu apa?
Teknologi kan dah teramat tinggi skrg. Google je la senang ye :)
*padahal aku sendiri tak tau nak explain macam mana :p*

Orang orang tua ckp budak yg berkepala 2 pusar ni, degil. Dulu aku benci dgr statement tu. Sbb zaman dulu kala aku dgn rasa bangga nya ckp aku ni tak degil, budak baik dan comel :) haha
Tapi skrg, budak baik dalam diri aku ntah kena culik dgn sape aku pun tak tau. Degil tu pun dah sebati dgn diri aku. Nasib baik comel tu still ada. HAHA!

"Hei aku ni budak baik la..."

"Fatin tu anak yang baik..."

"Aku tak pernah tipu mama papa aku..."

"Tolong la ikut perangai fatin tu, dia tak degil macam kamu..."

AMARAN:
Kalau anda terdengar ayat ayat ini atau yang sama waktu dengannya, dari mulut aku atau pihak lain, percayalah!
Tolong percaya yg aku dan mereka tu, pada saat itu tgh berperlakuan setan, BOHONG dan TIPU kamu.
 Saat itu aku jadi Pembohong
Pentipu
Pembongak!

Anak degil
Anak bodoh
Anak jahil
Anak sialan
Anak derhaka

Itu aku!

*kebenaran yg menyakitkan*

Aku pernah tipu mama papa
Aku tak buat apa yg mama papa suruh
Aku buat apa yg mama papa larang

Aku buat semua tu selalunya sbbkan 'cinta'
Cinta bodoh aku kat seseorang yg berlainan jantina dari aku

Nota ringkas: aku ni perempuan

Skrg aku dah penat bercinta

Sbb:
Aku jadi lemah bila datangnya cinta
Aku jadi bodoh bila jumpa cinta
Aku jadi buta bila terserempak dgn cinta
Aku jadi gila bila berselisih dgn cinta
Aku jadi kemaruk bila bayangkan cinta
Aku jadi bangang bila ada kaitan dgn cinta
Aku jadi lupa aku ini siapa

Tolong jgn salahkan cinta itu ataupun org yg aku cinta tu
Mereka tak bersalah
Aku ni ha yg penjenayah
Penjenayah tegar!

Sekali lagi aku tegaskan, aku dah PENAT dengan cinta

Kalau ada yg berminat dgn aku, jangan hntr surat cinta dekat aku
Jgn main kenyit kenyit mata
Jgn msg "hai boleh berkenalan :)" *aku paling benci tu*
Jgn kejar aku
Jgn berharap sgt dgn aku
Jgn cuba pikat aku
Jgn ada niat nak ngorat aku

Kalau kau dah jatuh cinta dgn aku tolong buat ni:
Pikat la papa aku
Ambil la hati papa aku
Pergi la date romantika sama papa aku
Bersurat cintalah dgn papa aku

Jgn buat semua itu dgn aku!
Aku tak hendak!

Aku taknak kejar cinta
Aku taknak sayang lelaki lain selain papa :'(

Percayalah yg bila papa aku sudah jatuh cinta sama kamu, maka aku akan berganda ganda mencintaimu.

Wahai bakal hubbyku,
Skrg kau sudah boleh berhenti kejar aku.
Kejar lah papa aku itu
Jiwa dia jiwa aku, sama
Dan tolong pecut ya. Aku sudah tidak sabar ketemu kamu :)
*gatal!*

Doa sampingan:
Doakan kepala aku ada satu pusar
Doakan aku menjadi anak solehah
Doakan aku menjadi anak solehah
Doakan aku menjadi anak solehah
Doakan aku dapat hubby yg AWESOME!

Surat untuk Azid:
Pa, tolong benarkan fatin jadi daddy's little girl ya. Fatin rindu nak jadi yg itu :'(

Yang benar,
Anakmu paling comel sekali

Sunday, April 15, 2012

Dah biasa dah

Kes pertama:
Penjaga bilang jgn buat bising, ramai mau study

Okay

Siti(nama paling common) pinjam gitar timah(lagi common)
Dia goreng habis habis punya
Penjaga pun terdengar

Esoknya penjaga saje saje masuk bilik setiap penghuni. Mau check keadaan bilik katanya.
Masuk di bilik timah, nampak gitar
Mau tau apa penjaga bilang?

"Awak rupanya yg buat bising selalu"

Eh eh eh?

Terus timah dicop budak tak dgr kata.

Kes kedua:
Siti Nur Haliza(bukan penyanyi tip top tu) baru je kahwin. Umur baru je lepas SPM. Majlis ala kadar. Jemputan cuma saudara mara dan teman rapat. Takde pelamin, bilik pengantin pun takde.

Nak tau apa makcik makcik satu kampung cakap?

"Dah ada isi la tuu..."
*sambil buat eksen pegang perut*

"Dah kena tebuk kot..."

"Bunting pelamin agaknya..."
*eh? Pelamin pun takde camne boleh bunting? Harhar*

Siti Nur Haliza(lagi sekali bukan penyanyi itu) dicop sundal

Kes ketiga:
Ali budak yg baik sekali. Pada suatu hari, selepas sahaja Ali selesai sesi lepak dgn Timmy, ketika OTW(on the way/dalam perjalanan) balik rumah, terserempak dgn Pak Tam. Borak sebentar. Pak Tam terhidu bau arak dan asap rokok.

*Timmy berbangsa mata sepet suka minum arak dan bakar puntung rokok berbatang batang*

Tau apa Pak Tam fikir tentang Ali?
Korg bijak celik akal semua pasti dah boleh agak kot. kan kan kan?

Ali dicop budak sesat

________________________

Orang orang kita memang begitu kot. Segelintir tapi tetap ramai yg begitu.
Rasanya kalau tgk tayangan gambar di panggung wayang, pasti ramai yg dah keluar time setengah cerita sbb mereka mereka sudahpun fikir ending sendiri.
Ada ke?

Haha tak tau nak kata apa. Jom lah kita kita ni cuba cuba cuba utk bertanya dahulu sebelum membuat hipotesis sendiri.

"Aku pelajar science, so memang suka buat hipotesis2 ni"

"Eyy tak suka la tanya, jaga tepi kain baju seluar spendar orang je"

Hahaha *tu je mampu buat*

aku tak tau apa aku cuba sampaikan ni :p
Kalian kalian fikir sahaja la. Fikir itu kan baik. Boleh menajamkan minda :)
Semoga ada moral di sebalik kemerepekan ini :)



P/s: malu bertanya takpa, cuma minta jgn sebarkan hipotesis anda yg hebat tu :)

P/s/s: aku paling benci kata kata singkat seperti otw, btw, brb, gtg. Kerna otak ini terlalu lembap untuk memikirkan ayat yg sempurna bagi ayat pendek itu. Harap maaf :)


Oh oh BTW(by the way), aku lupa cucian yg tak jemur lagi haha. Selamat ya segalanya :)

Wednesday, April 11, 2012

aku rasa laa

Apa motif kehidupan aku ni?
Nak bahagiakan diri sendiri atau orang lain?

Aku ikut je apa org buat
Kalau aku tak ikut, aku dianggap pelik, bodoh, budak bermasalah.

Org masuk sekolah rendah, aku pun masuk.
Org pergi sekolah menengah, aku pun pergi.
Org sambung belajar, aku pun sambung.

Sekolah rendah, teruja.
Sekolah menengah, bahagia dgn kawan bukan dgn pengajian
Kolej, dah penat.

Itu lah aku, dan bukan orang lain. Mungkin org lain pun sama dgn aku.

Aku persoalkan kenapa aku kena buat semua ni.
Ikut org dan bukan ikut aku.
Nak ikut kehendak sendiri tapi org tua kata cadangan aku tak boleh pakai.
Aku akur sahaja supaya kederhakaan aku berkurang.

Org kata aku kena jugak buat apa yg org lain buat ni.
Supaya aku dapat lihat cahaya
Supaya gelap tak menghampiri aku

Mereka kata org yg tak suka sentuh buku tu, org yg bermasalah.
Betul ke?
Kalau jiwa dorg bukan kat situ apa dorg patut buat?
"BELAJAR JUGAK!" Kata mereka.

Aku kini menjadi hamba undang-undang yang mana kepintaran aku diukur berdasarkan grade di sehelai kertas.

Semoga aku berjaya menjadi sesuatu yg orang tua harapkan